LOGO SEKOLAH

LOGO SK BANTAYAN INANAM


1.Berbentuk nyiru, iaitu sebuah alat tradisional yang serbaguna kepada masyarakat.
2. Warna hijau bermaksud sekolah ini sentiasa berkembang maju.
3. Warna kuning melambangkan perpaduan, kerjasama dan semangat perjuangan yang kental oleh ibubapa, guru-guru dan pihak jabatan mengukuhkan kedudukan sekolah ini.
4. Warna merah melambangkan keupayaan dan kesediaan murid-murid dan guru-guru mencari sesuatu yang terbaik untuk meningkatkan mutu pelajaran di sekolah ini berlandaskan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia.
5. Warna putih melambangkan kesetiaan murid-murid dan dedikasi guru-guru.
6. Warna biru melambangkan kasih sayang, ketenangan dan kerharmonian di kalangan murid,guru,ktbm, dan masyarakat setempat.
7. Obor melambangkan kecenderungan murid bersukan

8. Buku melambangkan punca segala ilmu
9. Jangka Tolok melambangkan murid-murid serba boleh dalam berbagai mata pelajaran termasuk sains dan matematik.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More